Monday, June 1, 2009

exam

Hidup kita ni tak bleh lari daripada ujian. Mana - mana pun ada ujian. Dari skolah rendah sampai la masuk universiti. Hatta nak bawak keter pun kena lulus ujian JPJ dulu. Ujian atau exam boleh bertukar menjadi stress walaupun tujuan asalnya adalah untuk mengajar manusia menempuh dugaan dalam hidup. Macam mana kita uruskan stress ketika exam tu, terpulang pada diri masing masing.
>
>
mengempes di petang hari.

>
Bilamana dilanda stress, ada yang suka main game, ada yang gemar mendengar muzik dan ada yang suka memasak. Menurut Tibbians edisi keempat mukasurat ke 15, dalam ruangan Kata Mereka, didapati ramai pelajar mesir lebih suka menelefon keluarga semasa stress. Kredit kepada wartawan bertugas, Tong dan pemilik FTI. Terpulang pada diri masing- masing. Yang release tension dengan melalak dalam bilik air pun ada. Suka hati la, asalkan tak menyusahkan orang.
>

jogging la bila ada masa + rajin
>

Paling penting, kalau stress tu tak hilang - hilang jugak, mengadulah pada Dia, yang Maha Mengetahui segala rahasia mengenai stress ni dan cara menguruskannya dengan betul. Sepatutnya inilah perkara yang paling awal yang kita lakukan bila tertekan dengan peperiksaan. Banyakkkan berdoa dan doa dan doa lagi, kerana doa itu senjata kita.
>

nak makan pun bawak buku jugak..

>
>
Alhamdulillah, 3 paper written dah selesai. Ahad ni Anatomy, subjek 'peberet' aku. Doakan aku dan rakan2 cemerlang selalu hendaknya..Amin

Penukis

My photo
the name is mohd ihsan bin hamdan, Cairo Universiry faculty of medicine- an abid, son of my parents and friend of my colleagues.