Monday, December 29, 2008

30 Disember

Esok 30 disember, tarikh yang aku hampir lupa akan kepentingannya. Alhamdulillah, Piah ingatkan aku. Tima kasih Piah, jasamu amat besar, walaupun aku tau mungkin ko tak kan baca entry nih. Esok, adik aku akan ambik keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), satu peperiksaan yang wajib diambik oleh semua pelajar sekolah menengah. Adlina Sofia namanya adik aku, adik yang keempat. Bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring, Kuala Terenganu.
>
>
Adlina (panggilannya Acik) ni, perangai dan rupanya, nak sama ngan aku. Cuma dia tak pakai spek mata. Dia tak suka tunjuk kelemahannya kat orang lain, contohnya dia tak bagi mak aku bagitau keputusan percubaan PMR hari tu. Sebabnya, dia tak dapat stret A. Tapi, mak aku bagitau jugak, lagipun tak de salahnya untuk sorang abang untuk tahu perkembangan semasa adiknya.
>
>
Masa balik Malaysia hari tu, ade la skali, skolah acik buat kelas tambahan masa cuti selama lebih kurang seminggu, dan pada hari akhir kelas tambahan diadakan solat hajat untuk pelajar pelajar SPM dan PMR. Ibu bapa dijemput pergi untuk turut bersolat hajat bersama anak-anak diorang. Masa tu kebetulan mak dan ayah aku tak de kat rumah. Jadi, aku dan adik aku (Kak Ngah) menghadiri program tu menggantikan mak ayah aku yang tak dapat hadir. Masa sampai, rasa agak janggal sebab semua yang datang adalah ibu bapa. Rasanya kalau ada award pasangan ibu bapa paling muda, kompem aku dan adik aku yang menang. Sebelum solat hajat, diadakan majlis macam majlis restu ilmu bersama ibu bapa. Dalam program yang penuh sentimental hari tu, ada pelajar yang tersentuh hati dan nangis mintak ampun kat mak ayah diorang. Adik aku je yang senyum2 bila tengok orang lain. Tak rasa nak nangis pun, kelakar ade r..
>
>
Sebagai sorang anak sulung, peranan aku dalam membentuk haluan adik-adik aku yang seterusnya amat penting. Contohnya, masa UPSR hari tu, aku dapat 5 A. Kak Ngah dapat 3 A. Aiman dapat 5 A. Seterusnya, Acik dan Aishah jugak dapat 5 A. Jadi 5 A dalam UPSR dah jadi macam satu tradisi dalam keluarga aku. Taun depa Epa pulak yang akan ambik UPSR. Sebagai abang, memang setiap perbuatan aku diteliti dan dicontohi oleh adik adik aku yang lain. Aku selalu jugak challenge adik-adik aku yang lain untuk pintas aku tak kira dalam apa yang diorang buat, terutamanya dalam peperiksaan. Jadi manusia yang lebih baik daripada aku. Tapi aku harap diorang cuma ikut yang baik dari aku, dan yang buruk busuk kohong perkara aku buat diorang tinggalkan.
>
>
Entry kali ni cuma nak mintak jasa baik pembaca agar mendoakan para shuhada' di Palestine, dan Acik yang akan ambik keputusan esok, insyaAllah.
>
>
>
>
xbesdanxbes 11

Penukis

My photo
the name is mohd ihsan bin hamdan, Cairo Universiry faculty of medicine- an abid, son of my parents and friend of my colleagues.